Intifada 2000-2007 Sekatan_Genting_Gaza

Intifada al-Aqsa meletus pada September 2000 menyebabkan Israel melancarkan Kepungan Jaluran Gaza dan menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza .Situasi ekonomi dan kemanusiaan memburuk menimbulkan kebimbangan yang besar di luar negeri. UNCTAD melaporkan produktiviti peretanian Gazaterhenti kerana pemusnahan tanah, pokok, sayur-sayuran dan greenhouse.

Angkatan Pertahanan Israel meninggalkan Jalur Gaza pada 1 September 2005 sebagai sebahagian rancangan pihak Israel. Perjanjian antara otoritas Palestin dengan Israel yang diusahakan oleh Condoleezza Rice pada November 2005 untuk meningkatkan kebebasan bergerak dan kegiatan ekonomi di Gaza. Sempadan Rafah dengan Israel hendaklah dibuka semula dengan transit dipantau oleh Kesatuan Eropah dan Pihak berkuasa Palestin.Semua barang, kenderaan dan trak ke dan dari Mesir harus melalui pintu sempadan Shalom dan pintu sempadan Karni. Kos kerugian Palestin ialah $ 500,000 per hari terutama makanan.

Hamas berjaya mengalahkan Fatah dalam Pilihan raya Palestin 2006 tetapi terhad di Gaza sahaja. Kerajaan Gaza baru "sangat menentang" perjanjian sempadan 2005 dan kehadiran pemantau Kesatuan Eropah di Rafah . Amerika bimbang dengan gaya Hamas yang mirip 'pengganas' dan rasa bimbang peristiwa 9/11 masih ada.